SELAMAT DATANG KE BLOG ZUMARA AGROTECH

Album

Lawatan Pegawai Pertanian Putrajaya dan Kuantan

21 October 2009

Temin, 20hb. Oktober 2009, kami telah dilawati oleh Pegawai Pertanian dari Putrajaya, En. Zain dan En. Rosdi dari Unit PTIF Jabatan Pertanian Kuantan. Menurut beliau, lawatan tersebut adalah sebagai rangka lawatan ke projek-projek pertanian yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kecil.


Gambar yang sempat diambil

Kami agak terkejut dengan kehadiran beliau kerana maklumlah dengan keadaan projek kami yang masih dalam keadaan kelam kabut kerana masih dalam proses mengemaskini. Banyaklah cadangan dan nasihat yang telah diberikan untuk memperbaiki keadaan bangsal kami. Sebagai contoh, habuk kayu yang kami letakkan berhampiran dengan tempat pemeraman bongkah yang boleh mengakibatkan jangkitan.

Terimakasih kepada En. Zain dan En Rosdi kerana singgah ke bangsal kami, juga atas cadangan-cadangan dan nasihat untuk memastikan projek kami tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan pengeluaran hasil cendawan. Segala cadangan dan nasihat yang diberi insyaallah akan kami cuba perbaiki.

Kami mengalu-alukan kedatangan beliau ke bangsal kami pada masa-masa akan datang agar dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman yang diberi. Terimakasih.

0 comments:

Post a Comment

Ruang Sembang


ShoutMix chat widget
MUSHROOM & MUSHROOM

BONGKAH (BELUM KUKUS)

BONGKAH (BELUM KUKUS)

BONGKAH (SEPARUH MATANG)

BONGKAH (SEPARUH MATANG)

Cendawan Segar

Cendawan Segar

CENDAWAN SEGAR

CENDAWAN SEGAR

TEPUNG GORENG (CENDAWAN)

TEPUNG GORENG (CENDAWAN)

CENDAWAN GORENG

CENDAWAN GORENG

PLEUROTUS OSTREATUS (CENDAWAN TIRAM)

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakaChina dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu Tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.

Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok Jintan Manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.

Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.

Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

MASALAH & PENYAKIT

Masalah dan penyakit

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP