Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

01 June 2011

Makanan berasas cendawan digemari



KUANTAN 30 Mac - Satu ketika dulu, perusahaan tanaman cendawan hanya dijalankan oleh masyarakat Cina yang menggemari tumbuhan ringkas tanpa akar dalam hidangan mereka. Namun, perubahan masa dan selera masyarakat menyaksikan permintaan cendawan semakin meningkat serta meluas termasuk di kalangan orang Melayu luar bandar.

Seorang penggemar, Siti Mariam Mat Sah, 64, berkata, dia amat menggemari masakan yang berasaskan cendawan sejak dari usia muda lagi. "Selain rasanya yang lembut dan manis, cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Sheikh Mohamad Hamdan Sheikh Ismail, 27, pula, dia dan keluarganya memang menggemari cendawan terutama masakan bersalut tepung yang dicecah dengan sos. "Memang sedap jika dimakan panas-panas. Selain itu saya juga sukakan sup cendawan. Walaupun harganya agak mahal, ia tidak menghalang saya untuk membelinya," katanya.

Seorang lagi penggemar, Irwan Azizi Alias, 28, berkata, walaupun ramai sukakan makanan berasaskan cendawan, tidak ramai yang tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. "Cendawan turut diiktiraf sebagai herba berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sebahagiannya ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan," ujarnya.

Sumber: Utusan Online - Arkib 31/03/2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

0 comments:

Post a Comment