Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG ZUMARA AGROTECH

01 June 2011

Makanan berasas cendawan digemari

Posted by Syed Zulkipli & Sharipah Masjura 1:02 PM, under ,, | No comments



KUANTAN 30 Mac - Satu ketika dulu, perusahaan tanaman cendawan hanya dijalankan oleh masyarakat Cina yang menggemari tumbuhan ringkas tanpa akar dalam hidangan mereka. Namun, perubahan masa dan selera masyarakat menyaksikan permintaan cendawan semakin meningkat serta meluas termasuk di kalangan orang Melayu luar bandar.

Seorang penggemar, Siti Mariam Mat Sah, 64, berkata, dia amat menggemari masakan yang berasaskan cendawan sejak dari usia muda lagi. "Selain rasanya yang lembut dan manis, cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Sheikh Mohamad Hamdan Sheikh Ismail, 27, pula, dia dan keluarganya memang menggemari cendawan terutama masakan bersalut tepung yang dicecah dengan sos. "Memang sedap jika dimakan panas-panas. Selain itu saya juga sukakan sup cendawan. Walaupun harganya agak mahal, ia tidak menghalang saya untuk membelinya," katanya.

Seorang lagi penggemar, Irwan Azizi Alias, 28, berkata, walaupun ramai sukakan makanan berasaskan cendawan, tidak ramai yang tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. "Cendawan turut diiktiraf sebagai herba berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sebahagiannya ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan," ujarnya.

Sumber: Utusan Online - Arkib 31/03/2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

24 May 2011

Uptown Jerantut

Posted by Syed Zulkipli & Sharipah Masjura 10:21 AM, under , | 1 comment

Terimakasih kerana terus mengikuti perkembangan blog ni,
Kali ini kami nak sambung sikit lagi tentang gerai cendawan goreng. Pertengahan bulan Mei lalu, kami telah membuka satu lagi gerai cendawan goreng di Uptown Jerantut. Rezeki kalau tidak di cari, takkan datang bergolek, tu yang buat kami memberanikan diri untuk mencuba nasib kat sini.

Disebabkan polisi perniagaan kat uptown ni, selain cendawan goreng kami juga menyediakan makanan lain seperti Nasi Lemak. Kepada pelanggan yang pernah mencuba makanan di gerai kami, Terimakasih kerana sokongan anda. Istimewanya nasi lemak kami ialah adanya cendawan goreng sebagai tambahan.

Di Uptown ni terdapat gerai-gerai lain yang menjual pelbagai makanan seperti Nasi Ayam Penyet, Char Kue Teaw, Nasi Goreng 36, Western Food, gerai Satay Pak Ngah dan Mee Sup.

Jika belum pernah menjejakkan kaki kat Uptown Jerantut, bila lagi nak datang? Malam minggu lebih meriah kerana ada aktiviti yang dijalankan oleh pihak MDJ disini. Contohnya minggu lepas telah diadakan Pertandingan Mewarna sempena Hari Ibu.

Jumpa lagi...

05 May 2011

Cendawan Goreng

Posted by Syed Zulkipli & Sharipah Masjura 9:52 AM, under | No comments

Cendawan Goreng merupakan satu lagi usaha Zumara Agrotech untuk meluaskan pasaran cendawan keluarannya di Jerantut. Buat permulaan ni, kami telah membuka 2 stall untuk menjual cendawan goreng.

Stall pertama kami menumpang bersama gerai menjual pisang goreng di depan Caltex berhampiran SMKA TAHAP. Di sini, cendawan yang sedia digoreng dijual didalam cawan dan setiap cawan berharga RM1. Setakat ini pasarannya menggalakkan dan mendapat sambutan peminat cendawan sekitar Jerantut. Operasi bermula pukul 1 hingga 7 petang.


Stall kedua terletak di kedai makan berhampiran JBA baru (lebih dikenali sebagai Kedai Golf). Keistimewaan cendawan goreng disini ialah, pelanggan akan dihidangkan dengan cendawan yang baru digoreng dan masih panas. Pelanggan order baru kami goreng, jadi rasanya lebih enak dan panas berbanding dengan cendawan yang kami jual di atas. Kat sini, kami tawarkan 2 saiz berbeza sesuai dengan keperluan pelanggan, RM5 dan RM3 bagi setiap pinggan. Waktu operasi disini sekitar jam 7 - 11 malam.

Jika ada antara pelawat blog nie yang nak mencuba, bolehlah ke lokasi di atas. Tepung yang digunakan adalah diproses sendiri.

23 April 2010

Ooops... lama tak update.

Posted by Syed Zulkipli & Sharipah Masjura 10:51 AM, under | No comments

Selamat datang kepada pengunjung blog nie. Sudah agak lama kami tidak dapat kemaskini blog kami dengan maklumat terkini, biasalah, sibuk dengan kerja2 yang tidak pernah habis. Inilah kehidupan namanya.
Projek kami masih berjalan seperti biasa, cuma akhr2 ni hasil agak kurang kerana kekurangan bongkah. Bongkha kurang kerana kami tiada masa untuk membuatnya sendiri manakala pekerja sambilan pun susah nak cari. Kalau adapun, selepas sehari dua bekerja, ramai yang sakit pinggang.

Kami mohon berbanyak kemaafan pada pelanggan yang berminat pada bongkah kami kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda semua. Insyaallah dalam masa sebulan dua ni, pihak kami sedia memenuhi permintaan.

Takat ni dulu untuk kali ni, jumpa lagi.

21 October 2009

Lawatan Pegawai Pertanian Putrajaya dan Kuantan

Posted by Syed Zulkipli & Sharipah Masjura 11:11 AM, under | No comments

Temin, 20hb. Oktober 2009, kami telah dilawati oleh Pegawai Pertanian dari Putrajaya, En. Zain dan En. Rosdi dari Unit PTIF Jabatan Pertanian Kuantan. Menurut beliau, lawatan tersebut adalah sebagai rangka lawatan ke projek-projek pertanian yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kecil.


Gambar yang sempat diambil

Kami agak terkejut dengan kehadiran beliau kerana maklumlah dengan keadaan projek kami yang masih dalam keadaan kelam kabut kerana masih dalam proses mengemaskini. Banyaklah cadangan dan nasihat yang telah diberikan untuk memperbaiki keadaan bangsal kami. Sebagai contoh, habuk kayu yang kami letakkan berhampiran dengan tempat pemeraman bongkah yang boleh mengakibatkan jangkitan.

Terimakasih kepada En. Zain dan En Rosdi kerana singgah ke bangsal kami, juga atas cadangan-cadangan dan nasihat untuk memastikan projek kami tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan pengeluaran hasil cendawan. Segala cadangan dan nasihat yang diberi insyaallah akan kami cuba perbaiki.

Kami mengalu-alukan kedatangan beliau ke bangsal kami pada masa-masa akan datang agar dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman yang diberi. Terimakasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu Tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.

Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok Jintan Manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.

Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.

Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Makluman


Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap. Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu Tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama. Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok Jintan Manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid. Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu. Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan. Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen. Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Ape-Ape Je Lah...


ShoutMix chat widget